SEPERTI diketahui umum, cerita- cerita dalam buku Sejarah Melayu kebanyakannya ditulis bagi memuji dan mengagungkan raja-raja Melayu lama.
Naskhah asal Sejarah Melayu mula ditulis pada zaman Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah, dan dikatakan dibawa ke Goa apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis.
Ia kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh sebelum disusun semula oleh Tun Sri Lanang semasa beliau dipenjarakan di Aceh.
Ketika itu, Kesultanan Johor diserang askar-askar Aceh.
Oleh itu, dalam kekecohan tersebut, Sultan Johor berkemungkinan besar terdesak untuk membuktikan kepada rakyat tentang kekuasaan dan haknya menerusi Sejarah Melayu.
No comments:
Post a Comment