Thursday, April 29, 2010

Utusan Malaysia Online - Johor

MALAM adalah masa yang paling sesuai untuk merehatkan diri selepas berhempas pulas di tempat kerja pada sebelah siangnya.

Malah kesunyian malam jugalah membantu seseorang itu mendapatkan lena yang nyenyak.

Namun berlainan dengan apa yang saya rasa. Sewaktu kepala mahu bertemu bantal tatkala jam di dinding menunjukkan angka 12 malam, di saat itulah ada sahaja 'konsert murahan' yang diperdengarkan.

Ini kerana bunyi bising daripada nyanyian lagu karaoke dari kawasan berhampiran penempatan saya di Taman Bayu Puteri, Bakar Batu sungguh membingitkan.

Malah sering kali mengganggu tidur penghuni sekitarnya.

Bagi saya tidak salah untuk berhibur, namun tolonglah fikirkan keadaan orang lain yang mungkin memerlukan rehat yang mencukupi untuk bekerja pada keesokan harinya.

Kalau seminggu sekali tidak mengapa, ini boleh dikatakan saban malam. Dari pukul 12 malam hingga pukul 2 pagi, asyik sungguh mereka menyanyi.

Mereka yang berkenaan, atau pihak berkuasa tempatan, tolonglah lakukan sesuatu. Mungkin dikurangkan aktiviti 'mengasah anak tekak' itu seminggu sekali.

- PENGHUNI BAYU Bakar Batu

Utusan Malaysia Online - Johor

No comments:

Post a Comment