Saturday, March 31, 2012

NGO questions arrest of 5 youths who put up posters

KUALA LUMPUR: A Malay rights NGO Jaringan Melayu Malaysia has called the arrest and charging of five youths for posting allegedly derogatory posters as unfair.

Insisting that the youths were doing “social work” in creating awareness regarding the LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transsexual) issue, movement president Azwanddin Hamzah charged the police of double standards when arresting those who had put up the posters.

“There are posters all over the country by loan sharks and illegal massage parlours.

“I think that is a lot worse than just a bunch of youths trying to create public awareness of the threat of LGBT and free sex,” he said in a press conference here on Thursday.

With that, he announced that JMM would be defending the five men - who were present at the function Thursday - and provide them with legal service.

The five men aged between 24 and 36 years old were charged in the magistrates court last week for putting up posters in Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail at 3.40am in February.

It was previously reported that the posters were discovered by TTDI residents and contained pictures of Bersih 2.0 chairman Datuk S. Ambiga, Penang chief minister Lim Guan Eng and national laureate A. Samad Said.


NGO questions arrest of 5 youths who put up posters

Kesultanan Johor: Golongan ulama diberi ingatan

BATU PAHAT – Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan golongan ulama supaya tidak sesekali menyampaikan ajaran sesat kepada umum serta berbaur politik
Tuanku yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah, apabila bertindak sedemikian ia hanya akan mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan agama, bangsa dan negara.

“Ulama perlu mencurah bakti dengan menyebarkan ilmu dan memberi kefahaman agama kepada masyarakat, namun suka diingatkan di sini, supaya jangan pula ada ulama yang menyampaikan ajaran sesat dan yang bertentangan dengan akidah Islam.

“Ada juga ulama yang cenderung kepada bidang politik sehingga ceramah yang disampaikan menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain,” titah tuanku dalam ucapan perasmian Majlis Multaqa Ulama dan Ilmuan Darul Ta’zim Ke-2 di UTHM di sini semalam.

Tuanku bertitah, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor menghalang mana-mana pihak daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah bagi mengelak penyampaian ajaran sesat dan berbaur politik yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sementara itu, tuanku turut mengingatkan para ulama dan ilmuwan sewajarnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam membudayakan Islam sebagai gaya hidup seharian.

"Gaya hidup Islam bukan terletak pada imej luaran sahaja, tetapi yang lebih penting adalah perlakuan dan sifat kerohaniannya.

“Islam itu bukan dinilai pada tinggi serbannya, panjang janggutnya, labuh tudung atau jubahnya, tetapi yang lebih penting adalah lemah lembut tutur katanya; sopan santun perilakunya, luas ilmu pengetahuannya, kuat kesabarannya, suci hatinya, bersih tubuh dan pakaiannya; mudah didampingi dan menjadi contoh serta ikutan masyarakat di sekelilingnya,” titah tuanku.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peranan ulama sebenarnya adalah selaras dengan peranan pemimpin iaitu kedua-duanya mempunyai hala tuju sama dalam mendorong masyarakat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Dalam situasi masyarakat pada hari ini, tugas membangunkan agama Islam kian mencabar apabila fahaman liberalisme, perbezaan mazhab, ekstremisme politik dan gejala masyarakat kini dengan sendirinya membuatkan para pemimpin serta ulama terpanggil untuk menghadapi atau menanganinya.

“Saya menyeru kepada para ulama di negeri ini agar dapat terus bekerjasama dengan pemimpin melalui pelbagai medium yang boleh memberikan kebaikan untuk kita semua,” katanya.


Kesultanan Johor: Golongan ulama diberi ingatan: KAMARUL HALIM M KAMAL 28 Mac 2012 BATU PAHAT – Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskand...

Monday, December 19, 2011

Season of goodwill

MIND MATTER
By RAJA ZARITH IDRIS


If Christmas is the celebration of the birth of Isa (Jesus), a prophet respected and revered in Islam, is it so wrong to wish a blessed day for those who celebrate it?

DURING the days before Christmas last year, I wished my friends who were celebrating it “Merry Christmas” in much the same way they would wish me “Selamat Hari Raya” or “Happy Eid”.

I find it rather sad that such a simple greeting – one which I grew up with and which I have never regarded as something that would compromise or de-value my own faith – is now regarded as something so religiously incorrect for us Malaysian Muslims.

When I was at boarding school in England, I had to go to church every Sunday because it was part of the rules. My father advised me to consider it as part of my “education” and he had no doubt that the experience would strengthen rather than weaken my own faith.

I was able to see the similarities and differences between Christianity and Islam. I learned more than the average Malaysian Muslim would about Christianity. I learnt that just as we Muslims categorise ourselves according to the four different schools of thoughts of the four Imams (Imam Malik, Imam Al Shafi, Imam Abu Hanifa and Imam Ahmad Abn Hambal) and are either Sunnis or Shias, so Christians too are divided into different sects or churches.

Going to church did not make me less of a Muslim when I was a young girl, and neither does saying “Merry Christmas” make me less of a Muslim now. My faith has not been shaken just because I wished some friends a time of joy with their families. Neither will I suddenly suffer from amnesia and forget what my religion is.

What I do not wish to forget, however, is that there are good, kind people who are not of the same faith as me.

As Harun Yahya, the Turkish writer (he was selected last year as one of the 500 most influential Muslims in the world by the Royal Islamic Strategic Studies Centre of Jordan) noted: “Islam is a religion of peace, love and tolerance.

Today, however, some circles have been presenting a false image of Islam, as if there were conflict between Islam and the adherents of the two other monotheistic religions. Yet Islam’s view of Jews and Christians, who are named ‘the People of the Book’ in the Quran, is very friendly and tolerant.

“This attitude towards the People of the Book developed during the years of the birth of Islam. At that time, Muslims were a minority, struggling to protect their faith and suffering oppression and torture from the pagans of the city of Mecca. Due to this persecution, some Muslims decided to flee Mecca and shelter in a safe country with a just ruler. The Prophet Muhammad told them to take refuge with King Negus, the Christian king of Ethiopia. The Muslims who followed this advice found a very fair administration that embraced them with love and respect when they went to Ethiopia. King Negus refused the demands of the pagan messengers who asked him to surrender the Muslims to them, and announced that Muslims could live freely in his country.

“Such attitudes of Christian people that are based on the concepts of compassion, mercy, modesty and justice, constitute a fact that God has pointed out in the Quran.”

I do not wish to be a self-centred Muslim who expects friends of other faiths to wish me Selamat Hari Raya or, for those who are not Malaysians and therefore do not know about Hari Raya, a Happy Eid and yet do not return their goodwill when it is Christmas, Chinese New Year, Deepavali or Vesak Day.

Every year, friends who are Christians, Buddhists, Hindus, Sikhs or those without any faith come to our home to celebrate Hari Raya with us. They do so with sincerity and as a mark of respect for one of the most important days in the Muslim calendar. Why should we not reciprocate their kindness, show them the same mark of respect for their religion and wish them the same joy on their holy days of celebration?

An Islamic scholar and lecturer also reminded me that as Muslims we must remember the importance of both the five Pillars of Islam and in the six Pillars of Iman (Faith), which are:

> Belief in Allah;

> Belief in the angels;

> Belief in the revealed Books (which include the Bible, the Torah and the Holy Quran);

> Belief in the Prophets (May Peace be Upon Them);

> Belief in the Resurrection and the events of Kiamah, the Day of Judgement; and

> Belief in the predestination (Qada’ and Qadar) by Allah in all things.

The prophets include not just Muhammad (May Peace Be Upon Him) as the last prophet and as the Messenger of Islam, but also in the 24 earlier ones who are mentioned in both the Bible and the Quran. Four of them are Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Daud (David), and Isa (Jesus).

So, if Christmas is the celebration of the birth of Isa (Jesus), a prophet respected and revered in Islam, is it so wrong to wish a blessed day for those who celebrate it?

We are now in the second decade of the 21st century. Surely, we should, now more than ever, be far more enlightened at a time when information of any sort and of all kinds are so readily available to us.

What is most important is that we regard one another as fellow citizens and treat each other with respect, regardless of our race or religion.

> The writer is Royal Fellow, School of Language Studies and Linguistics, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), and holds a BA (Honours) degree in Chinese Studies, University of Oxford.


Season of goodwill

Sunday, October 23, 2011

Himpunan sejuta umat hanya tarik 5,000 peserta

Sebelum ini penganjur dakwa dapat sokongan 2,000 NGO dengan keanggotaan mencecah 4 juta orang


SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, semalam, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan jumlah kehadiran hanya sekitar 5,000 peserta - jauh lebih rendah daripada sasaran penganjur seramai 100,000.


Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu murtad di kalangan masyarakat Islam di Malaysia itu hanya dimulakan pada 3.40 petang ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin, lapor laman berita The Malaysian Insider, semalam.


Acara perhimpunan tersebut dimulakan dengan lagu-lagu nasyid untuk menghiburkan para hadirin, tetapi kemudian terganggu seketika oleh satu pengumuman yang mengecam senaskah buku kecil bertajuk, Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?.


Sekretariat Himpun sebelum ini berkata, mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 peserta kerana mendakwa mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili sekitar empat juta anggota dan penyokong.


Namun, jumlah kehadiran pada hari perhimpunan itu mengecewakan dan jauh lebih rendah berbanding dengan perhimpunan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, pada Julai lalu, yang mahukan pembaharuan dalam proses pilihan raya.


Para penceramah Himpun, bagaimanapun, tetap menunjukkan sikap bersatu mereka dalam usaha gerakan itu menentang apa yang disifatkannya sebagai 'ketidakadilan' terhadap Islam di kalangan para penganut agama lain di negara itu.


'Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap, terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia satu kesalahan untuk sebar agama lain kepada orang Islam,' kata pengerusi bersama Himpun, Dr Mohd Yusri Mohamad, yang dipetik dalam laporan laman berita Malaysiakini.


Berucap seterusnya ialah Encik Farhan Abdullah, seorang pendakwah dari Sabah, yang mahukan perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat kejadian murtad.


Beliau berkata, Perkara 11 dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua warga negara yang berumur 18 tahun ke atas.


Bagaimanapun, Encik Farhan menggesa para ahli parlimen (AP) Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan itu bagi menambahkan satu peruntukan bahawa 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.


'Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam,' tegasnya, tanpa mengulas lanjut tentang bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.


Selanjutnya, bekas timbalan naib canselor Universiti Teknololgi Mara (UiTM), Datuk Ibrahim Abu Shah, pula membangkitkan kegiatan Kristian militan yang didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan matlamat memurtadkan orang Islam.

Tuesday, August 23, 2011

Berita Harian Online | Isu kaum sering halang bentuk Malaysia harmoni

Oleh Imlan Adabi

2011/08/22

SEORANG doktor perubatan yang kembali bertugas di negara ini merungut; “Saya dikenali sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Saya bangga dengan sebutan itu kerana saya lahir dan dibesarkan di Malaysia. Hanya apabila tamat belajar di luar negara, saya berkhidmat di sana kerana Malaysia menghadapi masalah ekonomi ekoran spekulasi mata wang pada 1998.

“Jiwa saya tetap Malaysia di perantauan. Saya menyokong Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David ketika mereka beraksi di kota penghijrahan. Saya tidak segan silu mengarak Jalur Gemilang kerana menyokong atlit sukan dari Malaysia.
“Kini saya kembali ke Malaysia dan bertugas di sebuah klinik. Malangnya saya tetap dianggap sebagai orang luar. Inilah dilema saya. Dianggap sebagai rakyat Malaysia di luar negara, tetapi rasa diketepikan di tanah kelahiran sendiri.”
Suara kesal doktor berusia 40 tahun itu bukan cerita lama. Ia berulang kali berlaku apabila membabitkan isu kaum dan semangat patriotik. Jurang kaum masih menebal dan kita tidak tahu siapakah yang sepatutnya meredakan keadaan selaras konsep 1Malaysia.

Hari ini menjelang 54 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia masih lagi berada di ambang isu kaum yang saling berentetan. Kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendapati jurang kaum semakin menebal selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pelbagai isu dipolitikkan dan dikaitkan dengan sentimen perkauman walaupun pada asasnya kehidupan ini bukan semata-mata membabitkan isu ras, etnik, agama dan cara hidup.

Orang politik sering membuat jenaka kononnya Malaysia sebuah negara bangsa. Mereka menyebut bangsa Malaysia. Kita hairan bagaimana bangsa Malaysia boleh disebut sedangkan dalam kalangan kita ada Melayu, India dan Cina serta pelbagai etnik lain lagi. Selama 54 tahun Malaysia berusaha membina persamaan dan persefahaman, tetapi amat mustahil untuk mewujudkan sebuah negara bangsa kerana kepelbagaian yang ada. Keadaan di Malaysia seperti juga di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura yang tidak mungkin melahirkan negara bangsa kerana keragaman kaum, agama dan cara hidup. Kita berbeza dengan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja kerana kewujudan bangsa teras. Negara itu hanya mengutamakan sebuah bahasa pengantar di sekolah dan perlembagaan negara serta tidak membiarkan kelainan etnik menimbulkan jurang kaum yang tinggi.

Berbeza dengan Malaysia yang bukan saja bahasa rasminya boleh dipertikai nilai ekonomi dan sosial, malah ada dalam kalangan Melayu sendiri yang merendahkan bahasa ibunda untuk subjek Sains dan Matematik di sekolah. Aneh sekali apabila sebuah negara yang 54 tahun merdeka tidak mahu mengiktiraf kepentingan lingua franca yang jutaan tahun diguna pakai di perairan Nusantara.
Isu kaum dan agama sering merumitkan. Perasaan saling curiga hatta membabitkan hal remeh dipolitikkan. Sepanjang tempoh merdeka, kita saling bergeser isu agama walaupun ada pihak yang cuba mewaraskan keadaan. Kita bimbang isu Melayu di gereja dan penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian bakal menjadi api yang merebak tanpa melihat kepada persekitaran sebenar.

Seperti telahan doktor yang berasakan dirinya ‘rakyat asing’ di negara sendiri, kita terlalu banyak berpolitik dan menjadikan isu kaum sebagai halangan untuk membentuk Malaysia yang harmoni. Ketika kaum Melayu berasakan sudah terlalu banyak memberi kepada pihak lain, kaum Cina dan India pula masih menuduh kerajaan berat sebelah dan menyisih mereka dalam pelbagai sektor pembangunan dan prasarana ekonomi.

Selagi perasaan ini muncul, isu kaum seperti yang dikaji selidik Merdeka Centre tidak akan mudah berakhir. Apa saja cetusan bakal memberi riak yang berbeza. Lebih parah apabila setiap isu yang timbul, diledakkan pula oleh orang politik yang akhirnya menambahkan lagi jurang perbezaan dalam kalangan kita.

Berita Harian Online | Isu kaum sering halang bentuk Malaysia harmoni