BATU PAHAT – Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan golongan ulama supaya tidak sesekali menyampaikan ajaran sesat kepada umum serta berbaur politik
Tuanku yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah, apabila bertindak sedemikian ia hanya akan mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan agama, bangsa dan negara.
“Ulama perlu mencurah bakti dengan menyebarkan ilmu dan memberi kefahaman agama kepada masyarakat, namun suka diingatkan di sini, supaya jangan pula ada ulama yang menyampaikan ajaran sesat dan yang bertentangan dengan akidah Islam.
“Ada juga ulama yang cenderung kepada bidang politik sehingga ceramah yang disampaikan menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain,” titah tuanku dalam ucapan perasmian Majlis Multaqa Ulama dan Ilmuan Darul Ta’zim Ke-2 di UTHM di sini semalam.
Tuanku bertitah, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor menghalang mana-mana pihak daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah bagi mengelak penyampaian ajaran sesat dan berbaur politik yang boleh memecah-belahkan rakyat.
Sementara itu, tuanku turut mengingatkan para ulama dan ilmuwan sewajarnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam membudayakan Islam sebagai gaya hidup seharian.
"Gaya hidup Islam bukan terletak pada imej luaran sahaja, tetapi yang lebih penting adalah perlakuan dan sifat kerohaniannya.
“Islam itu bukan dinilai pada tinggi serbannya, panjang janggutnya, labuh tudung atau jubahnya, tetapi yang lebih penting adalah lemah lembut tutur katanya; sopan santun perilakunya, luas ilmu pengetahuannya, kuat kesabarannya, suci hatinya, bersih tubuh dan pakaiannya; mudah didampingi dan menjadi contoh serta ikutan masyarakat di sekelilingnya,” titah tuanku.
Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peranan ulama sebenarnya adalah selaras dengan peranan pemimpin iaitu kedua-duanya mempunyai hala tuju sama dalam mendorong masyarakat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Dalam situasi masyarakat pada hari ini, tugas membangunkan agama Islam kian mencabar apabila fahaman liberalisme, perbezaan mazhab, ekstremisme politik dan gejala masyarakat kini dengan sendirinya membuatkan para pemimpin serta ulama terpanggil untuk menghadapi atau menanganinya.
“Saya menyeru kepada para ulama di negeri ini agar dapat terus bekerjasama dengan pemimpin melalui pelbagai medium yang boleh memberikan kebaikan untuk kita semua,” katanya.
Kesultanan Johor: Golongan ulama diberi ingatan: KAMARUL HALIM M KAMAL 28 Mac 2012 BATU PAHAT – Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskand...

No comments:
Post a Comment