Hari ini Okt 15, 2010.. Hari yang panas dan menyedihkan, telah lama aku menyimpan perasaan ini dan telah lama aku berusaha. Nampaknya lebih baik aku buat haluan sendiri selepas ini. Apa yang aku maksudkan adalah hubangan kekelurgaan dan sanak saudara...
Kekadang kita yang mengaku saudaramara boleh betikam lidah, ada pula yang depan mengaku saudara dibelakang dicanang pada orang yang tidak ada hubungan persaudaraan dan ada pula yang terus nak putus saudara kerana hal2 pribadi... Sedih kalau nak difikirkan, tapi itu lah lumrah hidup...
Aku mula sedar dan dapat melihat jelas dengan jawapan2 yang lama aku cari, sekarang aku lebih pasti akan arah tuju ini hubungan perkeluargaan dan sanaksaudara ini. Memang dah selalu dengar kerana harta putus saudara, tapi bagi aku itu semua tak penting, yang penting adalah hubungan yang kukuh tali persaudaraan..
Sekarang ini aku mula terfikir, kalaulah satu hari nanti aku menjadi usahawan berjaya, mesti ramai sanak saudara yang tak pernah aku jumpa akan datang dan yang pernah tak mengaku saudara pun akan mula mengaku saudara kembali. Pelik? tapi itu adalah kenyataan, aku diam tidak bermakna aku terima semua apa orang cakap dan perlalukan pada keluarga aku. Persoalannya kenapa manusia, terutama orang MELAYU ini berperangai macam ini, hasrat dengki, eri hati dan gila kuasa/ harta.. Aku pun pelik, apa kepuasan yang dia orang dapat dari semua itu?. Mula hari ini, pada siapa sahaja yang nak mengaku saudara aku, aku terima sahaja dan yang tidak nak itu aku tak boleh buat apa-apa, sebab kau orang pun bukannya budak-budak lagi. Dah tahu yang mana baik dan buruk..
Akan tetapi keluarga yang terinayanya ini tidak akan bertidak balas, Allah itu maha besar.. Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik, dan juga sebaliknya..Biarlah.. Perpatah melayu ada berkata.. Rambut sama hitam hati lain-lain.. Luka diluar boleh nampak, tapi luka didalam tiada orang tahu... Aku bukan jenis berdendam, tapi ingat. ini mungkin hari keluarga aku, satu hari nanti akan tiba hari kelurga mereka dan masa itu biarlah dia merasakan apa yang orang lain rasakan selama ini....
Amin
No comments:
Post a Comment