Thursday, October 21, 2010

Sektor Perbankan Seharusnya Perkenalkan Lebih Banyak Produk Inovatif

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sektor perbankan seharusnya meningkatkan usaha dalam memperkenalkan lebih banyak produk kreatif dan inovatif untuk merangsangkan perniagaan dan perdagangan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ini adalah seiring dengan inisiatif kerajaan untuk memberikan penekanan kepada pertumbuhan yang diterajui sektor swasta dan pada masa yang sama memastikan Malaysia terus menjadi negara yang mesra pelabur.

"Pastinya, kita telah berada di landasan yang betul sekarang memandangkan pelbagai inisiatif seperti Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi telahpun diperkenalkan untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

"Yang demikian, adalah penting untuk sektor perbankan untuk kekal berdaya saing dalam bergerak ke hadapan.

"Dengan lebih banyak produk inovatif dan kreatif dalam sektor perbankan, ia akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam menarik lebih banyak pelaburan di dalam dan luar negara," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan kerjasama antara RHB Bank Bhd dan PayPal dalam memperkenalkan dua perkhidmatan pembayaran inovatif yang baharu.

PayPal ialah peneraju global rumusan dalam talian dengan lebih 87 juta akaun di 190 pasaran dan 24 mata wang seluruh dunia.

RHB dan PayPal telah memeterai perjanjian eksklusif untuk menyediakan para pengguna bank dengan dua perkhidmatan pembayaran inovatif baharu di Malaysia.

Kedua-dua perkhidmatan itu ialah "Top-Up" online ke akaun PayPal dan pemindahan wang dalam talian menerusi platform pembayaran global PayPal.

Mustapa berharap kerjasama ini adalah permulaan kepada banyak lagi inisiatif yang akan muncul dalam sektor perbankan.

"Kami berharap ia akan menyaksikan perdagangan yang lebih hebat antara Malaysia dan rakan niaganya," tambah beliau.

-- BERNAMA

Friday, October 15, 2010

Sanak Saudara

Hari ini Okt 15, 2010.. Hari yang panas dan menyedihkan, telah lama aku menyimpan perasaan ini dan telah lama aku berusaha. Nampaknya lebih baik aku buat haluan sendiri selepas ini. Apa yang aku maksudkan adalah hubangan kekelurgaan dan sanak saudara...

Kekadang kita yang mengaku saudaramara boleh betikam lidah, ada pula yang depan mengaku saudara dibelakang dicanang pada orang yang tidak ada hubungan persaudaraan dan ada pula yang terus nak putus saudara kerana hal2 pribadi... Sedih kalau nak difikirkan, tapi itu lah lumrah hidup...

Aku mula sedar dan dapat melihat jelas dengan jawapan2 yang lama aku cari, sekarang aku lebih pasti akan arah tuju ini hubungan perkeluargaan dan sanaksaudara ini. Memang dah selalu dengar kerana harta putus saudara, tapi bagi aku itu semua tak penting, yang penting adalah hubungan yang kukuh tali persaudaraan..

Sekarang ini aku mula terfikir, kalaulah satu hari nanti aku menjadi usahawan berjaya, mesti ramai sanak saudara yang tak pernah aku jumpa akan datang dan yang pernah tak mengaku saudara pun akan mula mengaku saudara kembali. Pelik? tapi itu adalah kenyataan, aku diam tidak bermakna aku terima semua apa orang cakap dan perlalukan pada keluarga aku. Persoalannya kenapa manusia, terutama orang MELAYU ini berperangai macam ini, hasrat dengki, eri hati dan gila kuasa/ harta.. Aku pun pelik, apa kepuasan yang dia orang dapat dari semua itu?. Mula hari ini, pada siapa sahaja yang nak mengaku saudara aku, aku terima sahaja dan yang tidak nak itu aku tak boleh buat apa-apa, sebab kau orang pun bukannya budak-budak lagi. Dah tahu yang mana baik dan buruk..

Akan tetapi keluarga yang terinayanya ini tidak akan bertidak balas, Allah itu maha besar.. Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik, dan juga sebaliknya..Biarlah.. Perpatah melayu ada berkata.. Rambut sama hitam hati lain-lain.. Luka diluar boleh nampak, tapi luka didalam tiada orang tahu... Aku bukan jenis berdendam, tapi ingat. ini mungkin hari keluarga aku, satu hari nanti akan tiba hari kelurga mereka dan masa itu biarlah dia merasakan apa yang orang lain rasakan selama ini....

Amin

Friday, October 01, 2010

now you know the salary of hitz.fm morning crew, Lil’ Kev wins Astro suit

KUALA LUMPUR: Popular deejay Kevin Arokiasamy, better-known as “Lil’ Kev” who formerly co-hosted the Morning Show, won his breach of contract lawsuit against Astro’s Airtime Manage­ment & Programming Sdn Bhd.

High Court Judicial Comm­issioner Justice Rosilah Yop awarded a declaration to Lil’ Kev that a letter by Airtime Manage­ment dated Aug 28, 2003, meant that the defendant had violated the terms of an agrement.

Justice Rosilah issued a declaration that the violation of the terms meant that he could terminate the agreement and claim for damages.

She declared that the letter and its order was a modification to the terms of the agreement which required his consent.

The judge has ordered that damages be assessed after hearing evidence from Lil’ Kev and three witnesses of the defendant.

In his suit filed on Dec 15, 2004, Lil’ Kev claimed that he had entered into an agreement with the defendant on Aug 29, 2002 where he consented to serve its radio station hitz.fm for two years.

His salary for the duration of the contract was RM24,000 per month for the first year and RM26,000 each month the second year.

He said the dispute occurred when he was directed to transfer to the afternoon shift which he felt violated the terms of the agreement.

Lil’ Kev has been co-hosting the Morning Show since 1997.

In a statement of defence filed on Feb 21, 2005, the defendant stated that although it reserved the right to modify, add to or eliminate all or any part of benefits at any time, it had offered relevant incentives to Lil’ Kev.

Speaking to reporters later, his lawyer Isa Aziz Ibrahim said the defendant had no right to transfer his client to the afternoon shift as it violated the terms of the agreement.

When contacted by The Star, Lil’ Kev, 39, said he was relieved by the judgment.

“Normally, corporate companies are not favourable to us. It should protect the talent,” he said.

He said the judgment would be “a sort of protection for deejays so that they will not be easily pushed around”.

Lil’ Kev wins Astro suit