Welcome to Fainonline Blog, there are read some information about me, world news, technology or anything that i come across while i reading online that i found interesting to share with others. Cheers! & Enjoy
Monday, May 31, 2010
Video budak dua tahun hisap rokok di Indonesia kejutkan pakar kesihatan
GEMBIRA MEROKOK: Ardi Rizal, dua tahun, ketawa sambil merokok dan bermain kereta jip mainan plastiknya di rumah keluarganya di sebuah kampung di wilayah Sumatera, dalam gambar yang diambil pada 16 Mei lalu ini. -- Foto AFP
AKARTA: Satu video baru yang menunjukkan seorang kanak-kanak Indonesia berusia dua tahun sedang merokok mencetuskan kejutan di kalangan pakar kesihatan dan mendedahkan tentang masalah ketagihan tembakau yang sedang meningkat di negara Asia Tenggara itu. Ibu bapa kanak-kanak lelaki itu, yang dilihat sedang merokok dalam klip video yang disiarkan dalam laman web akhbar The Sun, sedang disiasat, kata pegawai Indonesia selepas video itu menarik perhatian seluruh dunia. Kanak-kanak montel itu, Ardi Rizal, dilihat sedang tertawa dan memberi respons kepada orang-orang di kawasan sekelilingnya sedang dia duduk atas kereta jip mainannya sambil menghisap rokok. Bapanya dilaporkan memberi Ardi rokok pertamanya sewaktu kanak-kanak itu mencapai usia 18 bulan. Kini, Ardi merokok sebanyak 40 batang sehari. Ibu kanak-kanak itu berkata Ardi akan menghentakkan kepalanya ke tembok kecuali dia dapat menghisap rokok yang mengandungi bahan nikotin itu, tetapi bapanya mendesak bahawa Ardi 'sihat'. Pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak, Encik Heru Kasidi, berkata keluarga kanak-kanak itu akan disiasat atas apa yang jelas dianggap sebagai satu kes penganiayaan kanak-kanak di kebanyakan negara. Ini kali kedua tahun ini Indonesia dimalukan oleh liputan media seperti itu. Satu lagi video yang disiarkan di Internet pada bulan lalu menunjukkan seorang budak lelaki Indonesia berusia empat tahun menghisap sebatang rokok cengkih, sambil menghembus bulatan asap dan memaki-hamun atas galakan orang dewasa di sekelilingnya. Dasar peraturan lemah - Indonesia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang belum menandatangani Rangka Kerja Konvensyen mengenai Kawalan Tembakau - membolehkan syarikat-syarikat tembakau mengarahkan sasarannya kepada golongan muda di Indonesia menerusi iklan dan promosinya. Penyanyi Amerika Syarikat, Kelly Clarkson, yang juga pemenang pertama rancangan American Idol, menggugurkan tajaan sebuah syarikat tembakau bagi konsertnya di Jakarta pada bulan lalu selepas kumpulan-kumpulan antimerokok mengemukakan bantahan atas dasar beliau boleh menggalakkan tabiat merokok di kalangan peminat mudanya. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment