Sejak2 akhir2 ini terlalu banyak sangat orang2 yang bodoh ikut perasaan bila buat satu-satu benda, tanpa berfikir panjang tentang buruk baiknya.
Apa yang berlaku sekarang terang dan jelas berapa bodohnya Orang-orang melayu (Not Me) di Malaysia ini bila bab ilmu. Semalam terbaca tulisan Oleh Syed Azwan Syed Ali di berita bernama ditalian dan ada juga terbaca tulisan bekas mutfi perlis dan banyak lagi tentang pergunaan ayat "Allah" pada orang bukan islam.
Daripada pandang aku, perkataan ini masih digunakan oleh orang bukan islam di negara arab dan kebanyakan negara2 lain, tak payah jauh Indonesia, kenapa pulak kat Malaysia tak boleh? Senjak bila pulak ayat "Allah" jadi hak cipta? atau orang melayu Malaysia ini dah terlalu taksub!??.
Jangan mudah melatah!, ini lah sebab kalau diri tak berilmu, itu hati mati.. kesian tapi ini lah yang berlaku sekarang kat Malaysia ini Sedih.. Apa2 pun dibawah ini berita yang aku baca semalam.. untuk pada siapa yg kurang jelas Islam bukan Melayu dan Melayu bukan semestinya Islam
javascript:void(0)
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kontroversi penggunaan nama "Allah" oleh bukan Islam perlu ditangani secara teliti bukan sahaja dari sudut undang-undang dan ketuhanan tetapi juga perlu dinilai dari aspek sosiologikal, kata seorang pakar.
Katanya kelantangan sesetengah pihak menyuarakan isu tersebut tanpa memahami secara mendalam isu berkenaan, mengeruhkan lagi keadaan.
Profesor antropologi sosial Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata isu itu perlu ditangani secara teliti ibarat menarik rambut di dalam tepung kerana ia bukan isu remeh.
"Sebaliknya ia boleh membawa implikasi besar terhadap hubungan etnik dan ketenteraman awam," kata beliau.
Penggunaan kalimah "Allah" menjadi kontroversi sejak Mahkamah Tinggi membenarkan majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan kalimah itu pada 31 Dis lepas. Kelmarin, atas dasar kepentingan negara, kebenaran itu ditangguh hakim yang sama, Datuk Lau Bee Lan berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia.
Shamsul Amri berkata penyelesaian isu itu banyak bergantung kepada sudut mana ia dinilai serta sejauh mana semua pihak mampu berhujah secara rasional.
Persoalannya, kenapa sebahagian Melayu-Muslim di negara ini menentang keputusan itu sama ada secara terbuka ataupun senyap? Untuk memahami dari sudut realiti sejarah-sosial, Shamsul Amri merujuk kepada Artikel 160 Perlembagaan Malaysia yang menginterpretasi bahawa orang Melayu adalah "seseorang yang menganut agama Islam, kebiasaannya bertutur dalam Bahasa Melayu serta akur kepada adat Melayu".
Di atas interpretasi ini dan beberapa peruntukan lain khususnya Artikel 3 dan Artikel 11 (4) sejak negara merdeka, kerajaan sama ada pada peringkat persekutuan atau negeri telah mentadbir, merancang dan melaksana pelbagai dasar tadbir urus, menyentuh pelbagai aspek kehidupan orang Melayu beragama Islam.
Keadaan ini, menurut pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) itu telah memahat semacam satu "psychic unity" yang sukar dikikis bahawa, "Islam itu Melayu, Melayu itu Islam.
Shamsul Amri berkata dalam kehidupan beragama orang Melayu, kalimah "Allah" adalah segala-galanya daripada tiang iman hinggalah pegangan, norma dan nilai dalam kehidupan seharian mereka.
"Label Melayu-Muslim adalah paling tepat untuk mengkategorikan orang Melayu di Malaysia tetapi ia jarang digunakan kerana wujud pandangan umum orang Melayu adalah secara otomatis beragama Islam," katanya.
Keadaan ini berbeza dengan etnik Melayu di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, Sri Lanka, Afrika Selatan dan tempat lain dalam "diaspora Melayu" di mana orang Melayu bukan secara otomatisnya beragama Islam kerana tidak didukung faktor disebutkan di atas, membezakan identiti sosial mereka.
Beliau berkata kajian sosiologikal membuktikan perkara paling sensitif kepada Melayu di Malaysia adalah berkaitan dengan agama Islam kerana mereka menganggap "Islam adalah kepunyaan mereka" dan "social proprietyship" ini tidak boleh dipersoalkan.
Maka Melayu-Muslim menganggap Allah adalah kepunyaan mereka dan hanya mereka yang tahu dan berhak membincangkan mengenainya.
"Mereka dilahirkan sebagai seorang Islam, hidup sebagai seorang Islam dan mati sebagai seorang Islam... inilah realiti historis-sosial di Malaysia.
"Kompleksiti realiti sosial kehidupan beragama Islam orang Melayu di Malaysia bertambah rumit apabila Islam dijadikan simbol dan ideologi politik," kata Shamsul Amri, yang menambah kewujudan politikal Islam di peringkat global yang bergerak dalam kerangka Ummah turut merumitkan lagi keadaan.
"Misalnya, ramai orang Melayu-Muslim tidak dapat membezakan perjuangan Palestin adalah perjuangan nasionalisme bukan perjuangan Islam kerana tidak semua orang Palestin beragama Islam," katanya.
Barangkali senario ini menerangkan kenapa timbul reaksi negatif daripada kumpulan Melayu-Muslim apabila pihak Gereja Kristian dibenarkan menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan "God" dalam seksyen bahasa Melayu majalah terbitan mereka yang dicetak dalam empat bahasa itu.
Hakim Lau telah memutuskan lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.
Beliau berkata lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.
Pada 16 Feb, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Kalimah 'Allah' digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.
KDN mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam sehinggalah membawa kepada keputusan mahkamah pada 31 Dis lepas dan penangguhan penggunaannya pada Rabu.
Bagi felo utama KITA Datuk Dr Denison Jayasooria, isu kalimah itu mampu diselesaikan dengan mengadakan perbincangan dan dialog di antara pemimpin agama dan masyarakat.
Dalam hal ini, Denison berkata kerajaan perlu menjadi orang tengah dan menyelesaikan isu itu secara berhemah sejajar dengan konsep 1Malaysia yang menekankan kepada teras penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
"Harapan masih ada namun kerajaan mesti benar-benar ikhlas dalam menyelesaikan punca masalah dan menjadi orang tengah dalam isu ini," katanya mengaitkan konsep 1Malaysia dengan isu itu sebagai antara cabaran perlu ditangani kerajaan dalam meyakinkan rakyat terutamanya golongan minoriti.
Tanpa menafikan semua pihak berhak menyuarakan pandangan atas dasar demokrasi, Denison turut mengecam tindakan segelintir pihak yang memanipulasikan isu itu untuk kepentingan politik sempit yang tidak menyesaikan konflik ini.
-- BERNAMA
Welcome to Fainonline Blog, there are read some information about me, world news, technology or anything that i come across while i reading online that i found interesting to share with others. Cheers! & Enjoy
Saturday, January 09, 2010
Thursday, December 03, 2009
Malaysian banks accepted by PayPal
Now Malaysian can have options either to withdrawal money from PayPal Funds to their bank account or Credit/Debit card, what is more good news for you is it is cheaper to withdrawal your fun to bank then to credit or debit card. Anyway below is a brief comparison for Malaysian Paypal users.

Below are Malaysian banks which are accepted by PayPal. The list include a number of foreign banks with branches in Malaysia. The “MEPS Bank Routing Code” and “Bank Name” are required when you add a bank account in your PayPal account.

Thursday, November 26, 2009
Ghairah dendang kemajuan tapi minda Melayu masih di takuk lama
PERKATAAN Melayu merujuk kepada Kamus Dewan bermaksud nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Dilihat dari sudut sejarah, ternyata bangsa Melayu tidak tandus peradabannya.
Bermula dengan kerajaan Sriwijaya yang beragama Hindu, Sambojaya, Langkasuka, Kataha, Syailendra, Kalinga, Mataram, Kediri, Singasari, Majapahit, Darmasyraya, Aditiawarman, Pagaruyung, Majapahit dan Semundra Pasai.
Kerajaan Semundra Pasai adalah kerajaan pertama memeluk Islam daripada agama Hindu. Melayu pertama memeluk Islam bernama Merah Silu raja kepada kerajaan terbabit. Merah Silu kemudiannya menukar nama kepada Sultan Al-Malikul Saleh.
Selepas raja memeluk Islam, maka tiada halangan besar untuk rakyatnya beransur-ansur memeluk Islam. Sesuai dengan ajaran Islam yang tidak pernah menolak adat dan budaya tempatan selagi tidak bercanggah dengan akidah.
Masa berlalu dan generasi berganti, hari ini bangsa Melayu sudah lupa sejarah. Entah kenapa walaupun bangsa Melayu dikatakan sebagai bangsa yang kaya dengan budaya dan adat resam, amalan membaca bukan menjadi tradisi Melayu.
Sering kali didengar perkataan ibu, ayah atau datuk nenek menegur anak cucu 'kata orang tua-tua...'. Siapa orang tua itu tidak dapat dipastikan. Adakah namanya Socrates, Plato atau Aristotle tak siapa yang tahu. Merakamkan idea dalam bentuk tulisan agaknya bukan budaya Melayu.
Mempelajari sastera klasik, kita akan menemukan nama besar penulis tersohor seorang Bendahara Kerajaan Johor Riau bergelar timang-timangannya Tun Seri Lanang. Walaupun wujud banyak lagi hikayat lama, tidak diketahui pengarangnya. Kemudian kita akan berjumpa lama selepas itu yang digelar Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, Munsyi Abdullah. Malangnya Munsyi Abdullah bukanlah Melayu tulen. Beliau berketurunan Tamil beragama Islam.
Bagaimanapun, orang Melayu hari ini patut berterima kasih kepada si Tamil ini kerana jika diharapkan kepada Melayu tulen, maka tiada langsung khazanah sastera bangsa kita. Sedih dan sayu rasa hati bila diimbas kembali sejarah bangsa. Patutlah ramai Melayu layu tidak mahu membaca dan mengimbas sejarah, mungkin kerana terlalu meruntun emosi jati diri Melayu tulen.
Terlepas daripada persoalan emosi yang kaku dan bisu, mari kita telusuri keadaan bangsa kita kini. Dibandingkan dengan pembangunan fizikal ternyata modal insan kita jauh ketinggalan. Ruang pemikiran antara generasi jauh berbeza. Institusi keluarga di negara ini kian runtuh hari demi hari. Ibu bapa hilang kawalan ke atas anak kerana jika dikawal, anak akan memberontak. (Inilah fakta lazim ditemui setiap kali menjalankan bengkel interaktif).
Maka paling mudah untuk keluar daripada masalah ini ialah keluarga menggunakan mekanisme bela diri menyalahkan orang lain seperti masyarakat, guru, pemimpin dan sebagainya. Menariknya bila golongan yang disalahkan turut tidak mahu kalah dan bangkit menyalahkan yang lain. Putaran ini sudah sekian lama berlaku dalam negara kita sehingga akhirnya sedar atau tidak seluruh masyarakat sudah menerima budaya menyalahkan ini sebagai sesuatu yang normal sehingga menjadi norma.
Bangsa Melayu menerusi Kerajaan Melayu Melaka mencapai kegemilangannya kerana ramai dagang santeri yang datang berniaga dan kemudian terus bermastautin. Berkahwin dengan wanita tempatan kemudian membentuk generasi berkualiti menerusi asimilasi ini. Sultan Melaka sendiri, Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Hang Li Po, puteri Maharaja China.
Kegemilangan Melaka turut disumbang oleh sistem urus tadbir yang baik di bawah kelolaan Bendahara Seri Maharaja, seorang Melayu mempunyai darah keturunan Tamil. Portugis hanya berjaya menawan Melaka selepas Bendahara Seri Maharaja dijatuhkan hukuman bunuh dalam skandal merebut puteri Bendahara, Tun Fatimah.
Sewajarnya dalam keadaan sekarang dengan limpahan warga berbilang kaum, Malaysia sewajarnya lebih maju berbanding negara-negara Harimau Ekonomi yang lain. Ketika Melaka di puncak kegemilangannya, warga Jepun masih leka dengan tradisi jumud mereka mengagungkan budaya Samurai sehingga mereka tewas kepada bangsa Monggul.
Lebih 50 tahun kita masih gagal berasimilasi antara kaum. Perkahwinan campur patut digalakkan. Biarlah kita meriah dengan keluarga yang berbagai warna kulit daripada sekadar meriah dengan paluan kompang dan tepung tawar. Istiadat tepung tawar walaupun terus dipertahankan tetapi gagal menawar geruh dalam rumah tangga. Walaupun sesama bangsa dan sama cara hidup tetapi kadar perceraian di kalangan Melayu masih tinggi. Melayu masih menang sorak kampung tergadai.
Walaupun sibuk berkokok ke sana ke mari mendendangkan kemajuan dicapai, sangat menggerunkan bila didapati minda pemikiran Melayu masih di takuk lama. Melayu sekarang bukan membina kepercayaan, keyakinan terhadap jati diri tetapi terus menerus kekal dalam kepercayaan karut marut yang tiada asas logik dan boleh dijadikan wadah melonjakkan bangsa Melayu ke takah yang lebih tinggi.
Melayu lebih disibukkan saban hari dengan cerita hantu polong walaupun tinggal di tengah kota metropolitan. Tentu ada yang pernah mendengar khabar angin, konon ternampak hantu ketika menaiki LRT Putra melintasi Kampung Baru Kuala Lumpur kerana khabarnya terowong berkenaan melalui bawah kawasan kubur.
Sistem Transit Aliran Ringan dibawa ke negara ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang semakin mendesak seluruh warganya. Sepatutnya warga Kuala Lumpur bersungut mengenai masalah kelewatan LRT atau perlunya menambah laluan ke seluruh Kuala Lumpur dan seterusnya keluar ke seluruh Lembah Klang. Sudahnya, cerita hantu pula yang keluar.
Kalau betul sekalipun ada hantu tak mungkin terowong itu ditutup kerana menelan belanja yang besar, sedangkan ada terowong lebih kecil yang 'hantunya' merogol gadis bawah umur masih terus dikekalkan dengan ingatan dan amaran agar tidak melalui terowong berkenaan berseorangan demi keselamatan.
Demikianlah kita generasi hari ini berfikir tanpa menaakul. Setiap pemikiran yang dicetuskan seharusnya mengikut landasan yang menghala kepada kemajuan. Dasar yang diwartakan kerajaan sepatutnya boleh menjadi landasan melapangkan kotak fikir Melayu. Tetapi kita lebih senang hidup kita dicorakkan orang lain supaya bila berlaku kesilapan, dengan mudahnya kita boleh menuding jari.
Bangsa Melayu mempunyai citra budaya yang cukup indah dan tersusun. Ketika bangsa lain memandang wanita sebagai warga kelas kedua, Melayu mencipta budaya Pepatih yang melebihkan golongan ibu. Maju mundur bangsa kita akan terjamin sekiranya kita sedia kembali berasimilasi dengan kaum lain dalam negara ini.
Melayu adalah bangsa pengembara, pelaut yang handal, meredah samudera melangkaui dunia. Bila Melayu terperuk di hujung kampung seperti dihajatkan penjajah, maka selagi itulah kita tak akan dapat menggapai kembali kegemilangan seperti pernah dicapai oleh Kerajaan Melaka ketika Sultan Mansur Shah memerintah, Bendahara Tun Perak mentadbir dan Laksamana Hang Tuah menjalankan diplomasi antara negara.
Penulis ialah Penolong Pegawai Psikologi, Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah.

Oleh Ramlan Ramli
Wednesday, November 25, 2009
Two retailers suspend smartphone
Mobile phone retailers Carphone Warehouse and Phones 4U have temporarily withdrawn the Sony Ericsson Satio smartphone from their stores.
Phones 4U announced its decision to stop selling the handset 24 hours after rival retailer Carphone Warehouse.
Sony Ericsson said it was "giving this matter its utmost priority and working toward solving it".
None of the companies involved gave details about the nature of the fault but Satio users online have been complaining about frozen screens and problems with ringtones.
"Now on my second Satio and it still has the same issues," wrote Iain H on a handset review site. "Screen freezing and no ringtone. Only way to solve the problem is to take the battery out."
He added: "I'm glad I'm not the only one with this problem."
Sony Ericsson recently announced a new smartphone model, the Xperia X10. It is the company's first Android handset but it is not due to go on sale until 2010.
Verity Burns, a technology journalist with gadget magazine Stuff thinks the problem lies with how the Sony Ericsson user interface interacts with the Symbian operating system on the phone.
"The phone seems to be turning itself off when people access certain applications but not everyone will be affected. Vodafone and Orange run their own interfaces and don't seem to have the issue."
BBC NEWS
Sunday, November 22, 2009
Gurindam Jiwa (1966)
Film Melayu Klasik
Judul filem: Gurindam Jiwa (1966)
Genre: Drama romantik
Arahan: M. Amin
Penerbit: Cathay-Keris Film Production
Pelakon: Nordin Ahmad, Latifah Omar, Malek Selamat
| rafeah buang & r i... |
( P)
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
( L )
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( Korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Subscribe to:
Posts (Atom)